G-Mart Corporation Sdn. Bhd. menawarkan Program Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN), kursus kemahiran di dalam bidang automotif dengan kerjasama Malaysia Automotive Institute (MAI). Kursus teori dan praktikal akan diberikan selama 6 - 10 bulan. Insentif kewangan juga disediakan bagi setiap calon.
Kursus yang ditawarkan adalah :
a) Juruteknik Automotif (Tahap 1&2)
b) Pengetukan Panel Kenderaan (Tahap 1&2)
c) Penyemburan Cat Automotif (Tahap 1&2)
Penyertaan dibuka hanya kepada 30 orang terawal yang memenuhi kriteria berikut :
a) Warganegara Malaysia,
b) berumur di antara 17 - 35 tahun,
c) bukan pekerja Syarikat / Individu yang tidak dapat melengkapkan 11 tahun pendidikan asas / tidak memiliki SPM,
d) boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Malaysia dan/atau Bahasa Inggeris,
e) Sihat dan mampu menjalani latihan sepanjang program,
f ) Menandatangani kontrak perantisan,
g) Berminat untuk mengikuti latihan kemahiran.
h) Keutamaan diberikan kepada calon yang tinggal di Lembah Klang, Kajang, Bangi, Serdang dan sekitarnya.
Jika anda mempunyai semua kriteria yang ditetapkan seperti diatas sila datang ke G-Mart Kajang, bersama-sama borang pendaftaran yang siap diisi, Yuran pendaftaran RM100 dan salinan kad pengenalan untuk urusan pendaftaran.
Temuduga akan dijalankan pada:
Tarikh : 17 Januari 2014 (Jumaat)
Masa : 9 pagi hingga 5 petang
Tempat : G-Mart Corporation Sdn. Bhd., Lot 10843, Batu 12, Jalan Cheras, 43000, Kajang, Selangor
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut sila berhubung dengan Puan Rafidah ditalian 019-217 1259.
Tarikh tutup penyertaan adalah pada 17 Januari 2014.
Download Borang Permohonan SLDN Khas di http://g-mart.my/gmartmy/contact-us/join-us/
Welcome to The Pervin Rao's Post, my very own passion project filled with unique and engaging content. Explore my site and all that I have to offer; perhaps The Pervin Rao's Post will ignite your own passions as well. Informative & Education Related
Dear sir
ReplyDeletemasih ada intake lagi ke ??? bila next intake???